Assalamualaikum tasnim..ustazah nak minta tolong ni..boleh tak tasnim dan layyinul,bergilir-gilir jadi naqibah usrah untuk adik-adik Balkis Junior??
-ustazah noraini-
Apa reaksi penulis sejurus mendapat mesej ini??
Begitulah keadaannya.Buntu serta bingung.Mungkin bagi sesetengah orang itu untuk mengendalikan usrah adalah sesuatu yang mudah.Hanya membuka mulut serta cakap apa sahaja yang terlintas di benak fikiran.Hanya dengan duduk dalam satu bulatan serta membicarakan apa sahaja yang sesuai dalam jangka masa yang mungkin panjang atau pendek,wajarkah ia digelar usrah??
Mengendalikan usrah itu bukanlah semudah yang disangka.Amat berat sebenarnya amanah yang terpaksa digalas apabila seseorang itu ditugaskan untuk menjadi naqib/ah terhadap satu kumpulan usrah kerana amanah ini bukan hanya akan dipersoalkn di dunia andai kata naqib/ah tidak menjalankan tugas dengan baik bahkan juga di akhirat.Malah lebih teruk lagi persoalan yang bakal dipersoalkn oleh tentera malaikat Allah ke atas mereka tika berada di daerah akhirat andai kata amanah itu tidak dilaksanakn dengan sempurna.
Dengan posisi penulis yang makin hari kian sibuk dengan aktiviti harian membuatkan dirinya terpaksa bermusyawwarah secara halus dengan kerajaan tubuhnya.Adakah mampu dia menggalas amanah ini??Amanah ini adalah sesuatu yang amat berat.Khianat amanah bakal dilaknat Allah!!Sebelum menerima amanah daripada seseorang itu,kita hendaklah melihat pada kemampuan diri kita sendiri.Andai diri tidak mampu,jangan ambil risiko dengan menerima amanah itu dan dengan tidak sengaja amanah itu tidak dapat dijalankan dengan baik.Apa jawapan yang paling tepat ingin dilahirkan tatkala berhadapan dengan Sang Pencipta kelak??
Itulah juga yang dilakukan oleh penulis.Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata binasa badan.Sebelum binasa dunia akhirat dek amanah yang dikhianati,keputusan yang paling bijak mesti dibuat setelah difikir secara teliti.
Dan akhirnya.........
Jawapan yang dizahirkan penulis kepada ustazahnya......
Assalamualaikum ustazah..ustazah,kalau usrah tu mula hari sabtu ni boleh tak??Pukul berapa nak mula??Ada berapa orang yang datang nanti??
-tasnim-
Alhamdulillah..Puas bermonolog dengan diri sendiri,akhirnya jawapan yang pasti sudah ditemui.Ya!Aku yakin aku boleh!Aku bersedia untuk menggalasnya!Itulah bukti bahawa membaranya semangat penulis untuk membimbing adik-adik usrahnya.Tetapi terkadang bait-bait kata iblis tu menggugat keputusan yang kian mendapat tempat dihatinya.Namun,berjaya ditumpaskan oleh api semangat yang kian memuncak.
Hari Sabtu tanggal 5 Mac 2011 merupakan pertemuan pertama yang diatur Ilahi antara penulis dan adik-adik usrahnya.Pada awalnya rasa gugup serta malu itu pantas menyelubungi diri sejurus melihat wajah suci adik-adik tersebut namun dihadapi dengan sejambak senyuman bagi menutup rasa gugup dan malu yang bakal menyekat langkah penulis jika dibiar ia meletus.
Kehadiran penulis ke usrah tersebut sepatutnya disertai oleh dua orang sahabiahnya tetapi disebabkan kedua-duanya mempunyai komitmen yang lebih penting,terpaksalah penulis gagahkan diri untuk berhadapan dengan adik-adik usrahnya secara bersendirian.Tanpa sedar rasa gugup yang menyelimuti penulis itu,perlahan-lahan surut setelah sesi perkenalan mesra bersama adik-adik usrahnya dijalankan.Dapat penulis simpulkan bahawa pertemuannya dalam keadaan seorang diri bersama adik-adik usrahnya punya hikmah yang tersendiri.Hikmah yang pada permulaannya tidak dizahirkan oleh fikrah penulis akhirnya terjawab kerana buat pertama kali usrah dijalankan,biarlah adik-adik usrah berkenlan rapat dengan naqibahnya terlebih dahulu.Mengenali satu sama lain dari hati ke hati.Bercanda mengikat tali ukhuwah.Walaupun pertemuan ini adalah pertemuan yang pertama,ianya sangat manis dan indah.Mungkin mereka yang hadir ke usrah pada hari itu,hadir bersama tentera-tentera ghaib keikhlasan.Itu yang membuatkan pertemuan pertama dirasakan bagai sudah lama menjalin ukhuwah.
Sejurus tiba di rumah,penulis berfikir apa gelaran yang sesuai untuk kumpulan usrah ini..Fikir...Fikir...Fikir..dan Fikir...Akhirnya nama dan gelaran yang paling tepat penulis cipta..Ainul Mardhiyah_01..Ainul Mardhiyah..Nama bagi salah seorang bidadari syurga yang sangat cantik serta menjadi rebutan para mujahid yang syahid fisabilillah.Moga-moga gelaran yang diletakkan ke atas mereka ini mampu mendidik mereka untuk sentiasa memelihara peribadi,mempertingkatkan amalan serta sentiasa mengupdate iman dari masa ke semasa.
Memang tidak disangkalkan bahawa amanah ini adalah sesuatu yang terberat namun inilah salah satu wasilah bagi memastikan diri penulis sentiasa disirami oleh bayu iman serta taqwa dan rohaninya tidak meronta-ronta meminta santapannya.Dalam mengusrahkan adik-adik ini,secara tidak langsung penulis dapat membimbing dirinya juga.Mungkin kesibukkan bekerja,membuatkan rohani penulis agak kontang kerana kehausan minuman ilmu dan inilah hadiah Yang Maha Esa kepada penulis untuk menstabilkan semula dirinya.Alhamdulillah.
Sebelum mengakhiri entri kali ini,titipan khas buat geng Ainul Mardhiyah_01 ingin penulis nukilkan...
Ainul Mardhiyah
itulah gelaran yang ku zahirkan untuk kalian..
Ainul Mardhiyah..
saf Qurratun A'yun yang bakal menggegar dunia dengan langkah gagah seorang mujahidah..
saf Qurratun A'yun yang bakal menjadi saksiku tika berada di pentas akhirat kelak..
saf Qurratun A'yun yang bakal memnuhi ruang kosong taman firdausi-Nya..
moga kalian bisa mengerti sedalamnya niatku menggelarkan kalian dengan gelaran setinggi ini..
Ainul Mardhiyah..
bergeraklah seiring dengan gelaran kalian ya mujahidah cilikku!!
pertemuan antara kita cukup singkat..
namun ku percaya
walau ianya singkat
ia memberi makna yang cukup berharga..
ia berjaya mencairkan kerasnya hati
kerana setiap detik saling merindui antara satu sama lain..
tidak sabar ingin bertemu dalam pertemuan yang akan datang..
walau pertemuan ini tidak berjaya membuatkan kita mengenali dengan sedalam-dalamnya..
percayalah..
jika dizinkan oleh Sang Khalik..
bisa diri kalian memahami diriku dan begitu juga diriku..
tidak sabar daku untuk mengenali kalian dengan lebih mesra..
menjalin hubungan yang lebih intim..
menambah gula bagi memaniskan lagi ukhuwah yang bakal kuat ikatannya..
dan ini semua tidak lain dan tidak bukan hanya kerana-Nya semata-mata..
dalam hidup ini..
redha Allah merupakan aset terpenting menuju syurga yang hakiki lagi abadi..
dan kini..
ku menaruh harapan yang tinggi pada kalian..
harapan yang tinggi
agar saf Qurratun A'yun inilah yang akan berdiri sebaris di saf hadapan..
berdiri dengan cukup gagah lagi kukuh..
barisan yang dengan bangganya mengibar serta menegakkan panji Lailahaillallah Muhammadurrasulullah di saat kaummu yang lain lalai dibuaian dunia..
usah dihirau pandangan insani terhadap kalian!!
kerana apa yang lebih utama adalah pandangan-NYA!!
usahakan untuk merebut perhatian-NYA bagi menjamin kehidupan yang success di kerjaan akhirat kelak..
bagai pemain bola sepak yang bersungguh-sungguh bermain berebut bola bagi membuat satu tendangan menuju pintu jaringan gol yang bakal mencipta kemenangan bagi satu pasukan itu..
begitu jugalah ku inginkan semangat kalian dalam merebut perhatian Yang Maha Berkuasa..
jadilah muslimah zaman anbiya' tika darah pejuang hangat mengalir..
Khaulah Al-Azwar..
itulah idola yang cukup membanggakan diriku..
mungkin dirinya belum kalian kenali..
tetapi ketahuilah..
tatkala cerita srikandi islam ini berjaya kalian ketahui..
pasti menitis air mata melihat pengorbanannya terhadap agama..
pasti semakin membara api kejihadan dalam diri kalian setelah menyelami coretan hidupnya..
tuntasnya..
walau apa jua kondisi..
kita ini adalah khalifah..
khalifah yang diamanahkan untuk melaksanakan misi
Amar Ma'ruf Nahi Mungkar
tika menyelusuri lautan duniawi..
berjuang bagi memastikan hanya agama suci-Nya,ISLAM yang hanya layak berada di kedudukan teratas..
dan semua itu tugas siapa??
itu adalah tugas kita!!
selagi bernyawa..
tugas itu wajib dilaksanakn dengan sempurna!!
ingatlah wahai adik-adikku..
hanya itu coretanku untuk kalian..
moga ia bisa membuktikan bahawa diriku amat mencintai kalian..
diriku ikhlas bersahabat dengan kalian
kerana ku tahu
dengan adanya keikhlasan itu..
segala yang pahit bisa menjadi manis..
betul bukan??
harapanku terhadap kalian menggunung tinggi dan diharap agar usaha kalian bagi memenuhi harapan ini juga setinggi burung terbang ke angkasa malah lebih tinggi dari itu..
diharapkan agar kalian menjadi sekuntuk mawar yang mekar dengan haruman iman dan taqwa..
insyaAllah..
yang terakhir..
moga ukhuwah antara kita akan menusuk qalbu yang menghidu keharumannya sehingga ke taman hakiki Allah swt..
InsyaAllah..
Nukilan khas:Nur Tasnim Imtiaz